Hindsight” adalah kaedah termudah untuk menilai peluang pelaburan yang besar. Anda sudah tahu saham mana yang menjadi pemenang utama dan boleh berkata, “Kalaulah saya melabur dalam saham itu beberapa tahun yang lalu, mesti best.” Ini perkara biasa. Tapi hakikatnya, ia bukan mudah, kerana hanya pelabur yang berilmu sahaja yang mampu kenal pasti pelaburan yang hebat sebelum ia menjadi pelaburan yang hebat dan menjadi topik perbualan para pelabur.

Adakah tanda-tanda yang boleh anda kenal pasti?

Langkah pertama untuk mencari saham yang mampu bertumbuh berlipat ganda sebelum orang lain menjumpainya adalah dengan bertanya kepada diri sendiri: “bagaimana dan mengapa ada pelabur yang dapat mengenalpasti saham hebat seperti Apple dan Amazon pada akhir 90-an dan awal 2000-an?”.

Belajar Saham

Yang penting, anda tidak boleh meneka sahaja. Ya, memang cukup mudah untuk berkata, “pastilah jawapannya adalah internet baru saja keluar,” ketika berbicara tentang Amazon. Untuk Apple pula, “apa lagi, sebab iPhone lah”. Kalaulah semuanya semudah itu.

Apa Yang Boleh Dipelajari Melalui Amazon

Pada tahun 1995, Amazon memperoleh purata 2,200 pengunjung harian di laman webnya. Hanya 2 tahun kemudian, purata pengunjung meningkat ke 80,000 setiap hari! Itu adalah kenaikan 3,636% pelawat harian ke laman Amazon dalam masa kurang dari 2 tahun, dan ini adalah ketika Amazon hanya menjual buku. Anda bayangkan sahaja!

Pada tahun 1996, pendapatan Amazon meningkat sebanyak 2,982%, iaitu suatu prestasi luar biasa. Pertumbuhannya luar biasa tetapi jumlahnya cukup kecil, jadi ia tidak disedari oleh kebanyakan orang. Manakala, Amazon mula muncul di pasaran sebagai sebuah syarikat tersenarai di pasaran saham dengan had pasaran $ 438 juta, jauh dari penilaian $ 1.6T yang kita lihat pada hari ini.

Pertumbuhan pendapatan dan pertambahan jumlah pengguna setiap hari bagi sebuah syarikat yang hanya menjual buku – hebat, bukan? Kalau anda nak tahu, Jeff Bezos bermula dengan buku kerana ia adalah antara barang yang paling senang dijual kerana terdapat pelbagai jenis buku. Banyak genre, jilid, versi, dan macam-macam lagi.

Amazon ketika itu sudah berada dalam mod pertumbuhan dengan banyak pemangkin (catalyst). Tapi, bagaimanalah agaknya jika Amazon memutuskan untuk tidak hanya menjual buku? Adakah mereka akan melihat jumlah pertumbuhan yang serupa di pelbagai industri produk?

Pastinya pertumbuhan internet juga menjadi pemangkin utama bagi Amazon, jadi anda harus memasukkannya ke dalam ulangkaji anda. Dari tahun 1995 hingga 1999, penggunaan internet meningkat dari 16 juta pengguna kepada 248 juta pengguna. Di sekitar tahun 90-an, apabila anda beli buku dan buku itu akan dipos kepada anda, berbeza dengan pergi ke kedai untuk membeli – pasti ia membuatkan anda gembira akan betapa mudahnya untuk membeli, bukan?

Sekiranya anda dapat menggabungkan nombor pertumbuhan yang tinggi dengan anda menggunakan, memahami, dan menikmati syarikat, lebih mudah bagi seseorang untuk melabur ke dalam syarikat lebih awal.

Nak tahu kaedah pelaburan sebegini? Belajar di: https://labursahamsyariah.com/belajar-saham/

Mencari Syarikat Berpotensi Di Bawah Radar

Selama beberapa tahun, Amazon merupakan syarikat yang berada di bawah radar. Firma pelaburan tidak mengambil perhatian kepada mereka. Malah, harga saham mereka terjejas teruk semasa DotCom Bubble dan pelabur yang panik untuk menjual saham mereka hanya memburukkan lagi keadaan.

Bayangkan jika anda berada di dalam situasi ini – di masa semua pelabur lain melarikan diri daripada pelaburan dalam syarikat teknologi dan berasaskan internet; adakah anda masih akan terus melabur?

Jika ya, anda fikirkan sendiri tahap keuntungan yang anda mampu perolehi daripada mengambil peluang dari krisis sebegini!

Jadi, di mana nak mula?

Sebelum kita dapat menjumpai saham yang naik 1,000% di masa depan, kita harus terlebih dahulu memahirkan diri mencari syarikat yang beroperasi di bawah radar. Lazimnya, syarikat sebegini mempunyai modal pasaran di bawah 10 billion uSD. Semakin rendah modal pasaran, semakin banyak saham di bawah radar. Persoalannya cuma, yang mana satu bakal menjadi Amazon yang seterusnya?

Anda perlu melakukan banyak analisa dan kajian terperinci untuk mencari saham tersembunyi ini. Besar kemungkinan juga, anda akan menemui sebahagian besar daripada mereka secara tidak sengaja.

Kaedah yang boleh anda gunapakai untuk teknik pelaburan sebegini berkait rapat dengan pelaburan nilai, atau value investing. Jika anda ingin mendalami kaedah mengenalpasti saham yang baik, anda bolehlah mendapatkan ilmu yang lebih mendalam. Terdapat banyak pilihan program di luar sana, tetapi di sini saya ingin sarankan anda mengunjungi laman web Labur Saham Syariah untuk belajar saham bagi menfokuskan keepada pencarian syarikat hebat, bukannya melihat kepada trend harga saham semata-mata.

Kesimpulannya, tuntutlah ilmu dan belajar saham cara betul untuk berjaya!

Bukan senang untuk menemui peluang pelaburan yang mengubah hidup. Kadangkala, ia boleh didapati kerana anda bernasib baik. Tapi apa yang penting, tuntutlah ilmu dan pastinya peluang anda akan menjadi jauh lebih cerah. Jangan mudah mengalah, ayuh!